Program Maxis eKelas Minggu ke-27
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18-19 Oktober 2019 yang lalu, Program Maxis eKelas telah memasuki minggu ke 27 bagi tahun 2019. Program Maxis eKelas merupakan kelas tambahan secara percuma kepada komuniti setempat demi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan tahap pembelajaran mereka bagi subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kelas tambahan ini ditawarkan kepada pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5.
Pembelajaran secara digital telah hampir sampai ke penghujungnya bagi tahun 2019. Kini para pelajar telah diberikan pelbagai tips untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan selain dari pembelajaran secara langsung, melalui Portal Maxis eKelas dan Learning port turut dapat membantu para pelajar mendapatkan input mengikut silibus masing-masing. Nota-nota padat juga dimasukkan ke dalam portal untuk mudah diakses oleh para pelajar yang mempunyai akaun Portal Maxis eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: